Posts

Insan benama Ibu

Ibu adalah seorang insan yang sangat mulia. Walau sejahat mana pun anaknya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak akan pernah pudar dan luntur. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya menderita hanya kerana perkara buruk yang telah dilakukan  oleh anaknya . Ibu juga seorang insan yang tahu isi hati anaknya. Kadang kala kita sebagai anak juga kena tahu bahawa seorang insan bernama ibu telah banyak berkorban untuk kita jadi hargailah ibu kita tatkala dia masih bernafas. Setitis air mata ibu jatuh akan membuatkan kita rasa bersalah untuk selamanya.